Uqasha Bersuara: Hawra Terkena “Chicken Pox”, Bukan Sengaja Halang Kamal

KUALA LUMPUR — Pelakon Uqasha Senrose tampil memberi penjelasan susulan luahan bekas suaminya, Kamal Adli, yang mendakwa tidak dapat bertemu anak mereka, Hawra Uqaira, sehingga mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menegaskan bahawa dakwaan kononnya beliau menghalang pertemuan bapa dan anak adalah tidak benar, sebaliknya keadaan kesihatan Hawra menjadi punca utama.

“Bukan tak bagi dua minggu ya,” tulis Uqasha ringkas namun berbaur tegas.

Menurut pelakon itu, anak mereka kini sedang diserang cacar air (chicken pox) dan berada dalam keadaan tidak selesa, termasuk mengalami kegatalan serta gangguan tidur.

“Ada budak kecil tu, kena chicken pox. Kasihan dia gatal badan. Bangun tidur pun tak selesa, asyik garu-garu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Kamal Adli menerusi media sosial meluahkan rasa rindu terhadap puterinya selepas mendakwa sudah lama tidak berjumpa, sekali gus mengundang simpati warganet. Bagaimanapun, pada keesokan hari, Kamal berkongsi kegembiraan apabila akhirnya diberi peluang bertemu Hawra dan turut mengucapkan terima kasih kepada Uqasha.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Januari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular