Mahkamah ‘Lock’ Keputusan: Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan!

SHAH ALAM — Pendakwah selebriti, Da’i Syed, dihantar ke penjara hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Adlin Abdul Majid, selepas menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikemukakan oleh tertuduh, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31.

Dalam penghakimannya, Hakim Adlin menegaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam membuat keputusan sebelum ini dan mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan wujudnya keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata. Tiada alasan khas bagi penangguhan hukuman,” katanya.

Mahkamah turut menegaskan bahawa kesalahan tersebut merupakan jenayah serius dan hukuman yang dikenakan adalah setimpal serta selamat dari segi undang-undang.

“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman yang dikenakan sebelum ini adalah selamat. Justeru, hukuman penjara itu bermula hari ini,” kata hakim.

Dengan keputusan itu, Da’i Syed diperintahkan menjalani hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular