Anthony Loke ‘Sound’: Selesai Saman Sebelum 30 Disember, Kalau Tak…

Kementerian Pengangkutan (MOT) mendedahkan sebanyak 5,538,038 saman jalan raya masih belum dijelaskan oleh pengguna di seluruh negara setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata jumlah itu merangkumi pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk saman kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dan notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Daripada jumlah itu, 1.38 juta saman melibatkan AwAS, 3.68 juta notis JPJ P(22), manakala bakinya melibatkan notis ubah suai dan pemeriksaan kenderaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Anthony menegaskan pengguna mempunyai masa sehingga 30 Disember ini untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum tindakan senarai hitam dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2026.

“Selepas tarikh itu, lesen dan cukai jalan (LKM) tidak boleh diperbaharui. Kita akan integrasi sistem MySikap bagi memastikan semua saman tertunggak dikesan secara automatik,” katanya.

Beliau turut mengumumkan tawaran diskaun 50 peratus bagi semua saman JPJ bermula 1 November hingga 30 Disember ini — meliputi hampir semua jenis kesalahan, termasuk notis P(22).

Anthony turut mengingatkan pengguna supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk melunaskan bayaran kerana selepas tarikh tamat, tiada lagi kompromi atau diskaun akan diberikan.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular