Seorang pendidik tampil berkongsi pandangan positif terhadap kepimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan menyifatkan tempoh pentadbiran beliau sebagai antara yang terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut pendidik berkenaan, pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dirasai secara langsung oleh warga pendidik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Saya seorang cikgu zaman Madani. Masa YB Fadhlina jadi menteri ni la paling best. RPH siap awal sebab tak perlu tulis macam-macam. Tuntutan perjalanan, perpindahan dan kursus pun tak sampai 24 jam duit dah masuk bank!” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kemudahan di sekolah kini semakin baik dengan pelbagai fasiliti seperti meja, kerusi, komputer, mesin pencetak dan komputer riba dihantar bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
“Baiki rumah cikgu pun semakin rancak. Dia mungkin tidak sempurna, tapi lebih baik daripada sebelumnya sejak 2018 hingga sekarang,” ujarnya lagi.
Pendidik itu juga menegur tindakan segelintir netizen yang mudah mempercayai fitnah dan mengkritik Fadhlina tanpa menyemak kesahihan maklumat.
“Netizen terlalu dangkal mempercayai fitnah dan menghina beliau,” katanya dengan nada kesal.
Beliau turut memuji usaha KPM membawa isu kemanusiaan Palestin ke sekolah serta memperluas pengajaran hadis sebagai langkah membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan nilai.
Namun begitu, beliau menegaskan masih terdapat isu yang perlu diberi perhatian, terutamanya berkaitan bebanan kerja guru yang menurutnya masih belum diselesaikan sepenuhnya.