Itu luahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, saksi kepada detik mencemaskan yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.
Kejadian tragis itu menyaksikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam di dalam tandas perempuan sekolah berkenaan sekitar jam 9.10 pagi, dipercayai oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua.
Saksi: “Dia Bawa Senjata, Tapi Tak Ugut Kami”
Menurut saksi, pelajar lelaki berkenaan dipercayai masuk ke kelas mereka selepas insiden tikaman, sambil masih memegang senjata tajam.
“Dia hanya masuk kelas kami sambil bawa senjata, tapi dia tak acu atau ugut kami. Dia diam saja, tak bercakap dengan sesiapa. Kami semua takut dan berdebar-debar. Lepas sekejap, dia keluar semula dan kami tak tahu dia pergi mana,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.
Saksi itu turut memaklumkan bahawa dia tidak mengenali suspek dan hanya tahu bahawa pelajar tersebut belajar di kelas peralihan.
“You See Later What Happen”
Seorang lagi pelajar mendakwa terdengar suspek berbisik kepada rakannya sebelum kejadian, dipercayai sebagai amaran awal.
“Dia cakap — you see later what happen (awak tengok nanti apa yang akan berlaku),” kata pelajar tersebut yang kebetulan berada berhampiran ketika mereka berkumpul sebelum masuk kelas.
Katanya, suspek turut dilihat memegang senjata tajam ketika itu, namun tiada siapa menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jeritan Dari Tandas Aras Bawah
Sementara itu, seorang pelajar lain menceritakan detik cemas apabila terdengar jeritan kuat dari tandas perempuan di aras bawah bangunan sekolah sebelum melihat seorang pelajar lelaki berlari menuruni tangga.
“Saya berada di tingkat tiga. Tiba-tiba dengar jeritan dari bawah. Saya nampak ada pelajar lelaki berlari ke arah tandas. Ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu, rupanya kejadian lebih serius,” katanya.
Polis Siasat Motif dan Urutan Kejadian
Difahamkan, pasukan penyiasat polis dan forensik kini berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif kejadian, jenis senjata digunakan serta kemungkinan unsur perancangan awal.
Kejadian tragis ini mengejutkan warga sekolah dan masyarakat setempat, manakala pihak polis dijangka mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan perkembangan kes dalam masa terdekat.
“Saya berdebar dan takut apabila pelajar lelaki itu masuk ke kelas kami dengan memegang senjata, malah tangan dan bajunya ada kesan merah dipercayai darah.”