Remaja Lelaki Bawa Pisau ke Sekolah — Tikam Rakan Perempuan Hingga Mati!

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek dikatakan membawa senjata tajam berupa pisau ke sekolah sebelum menikam mangsa dalam satu insiden yang masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Difahamkan, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah, namun butiran lanjut termasuk punca kejadian dan hubungan antara kedua-dua pelajar masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di lokasi bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan keterangan daripada saksi dan pihak sekolah.

“Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan maklumat terperinci akan dimaklumkan dalam sidang media awal oleh pihak polis,” kata sumber berkenaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat, manakala suspek kini dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan.

Kejadian tragis ini mengejutkan warga sekolah dan masyarakat setempat, sementara pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik siasatan awal selesai dijalankan.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular