Raisa Andriana Bercerai?

Industri hiburan Indonesia hari ini menjadi kecoh apabila penyanyi Raisa dikatakan berada dalam proses untuk memfailkan cerai terhadap suaminya, pelakon Hamish Daud.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan tersebut mula tersebar selepas Raisa memadam beberapa foto mereka bersama—termasuk gambar sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-7 yang dimuat naik pada September lalu.

Memetik laporan dari portal Tribunnews, wakil dari Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel) bagaimanapun menyatakan bahawa pihak mereka belum menerima sebarang maklumat atau permohonan perceraian daripada individu bernama Raisa Andriana. Ketika dihubungi, pegawai perhubungan PA Jaksel, Dede Rika Nurhasanah berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi.

Dakwaan tersebut telah mengundang reaksi peminat yang ramai-ramai mendoakan agar khabar angin itu tidak benar. Walaupun menjadi tumpuan ramai, Raisa dan Hamish masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Untuk rekod, Raisa Andriana (35 tahun) dan Hamish Daud telah berkahwin pada 3 September 2017 di Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zalina Raine Wyllie.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular