Netizen Mahu Jadi Madu, Anzalna Jawab ‘Kenapa Nak Sangat Suami Saya?’

Pelakon jelita Anzalna Nasir tampil memberi reaksi spontan namun tegas selepas seorang individu berani menyatakan hasrat untuk menjadi madunya semasa sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi rakaman yang tular, individu tersebut meninggalkan komen mahu menjadi isteri kedua kepada suami Anzalna, kononnya untuk “kongsi resipi sebab resipi kau sedap.”

Anzalna, yang terkenal dengan sikap berterus terang, membalas dengan nada sinis tetapi masih beradab.

“Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payah. Yang awak nak sangat suami saya tu kenapa?” katanya sambil tergelak kecil.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut mengingatkan para isteri agar sentiasa menjaga suami, tetapi tidak sampai menarik perhatian wanita lain.

“Kalau terlebih jaga suami, orang pula nak suami kita. Kalau tak jaga, dikata pula tak pandai jaga suami,” ujarnya.

Anzalna turut berkongsi dilema lucu wanita berumah tangga:

“Nak suruh suami pakai wangi-wangi pun takut nanti orang lain terpikat.”

Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular