Nama personaliti media sosial, Ameera Khan kembali mencuri perhatian warganet selepas sebuah video dimuat naik di Instagram mendapat reaksi hangat.
Dalam rakaman tersebut, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khantampil bergaya dengan jaket “oversized”, dipadankan dengan stokin hitam panjang serta kasut but.
Namun, yang menarik perhatian bukan sekadar gaya fesyennya. Seorang jurufoto yang juga pemilik akaun berkenaan dilihat meminta Ameera menanggalkan jaket tersebut kerana mahu merakamkan foto dirinya tanpa jaket.
Jawapan Ameera nyata mengejutkan ramai. Tanpa berselindung, beliau menjawab:
“I’m wearing nothing inside.”
Kenyataan spontan itu segera mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata menganggap ia keterlaluan dan tidak wajar diungkapkan secara terbuka, apatah lagi oleh seorang pempengaruh beragama Islam yang sepatutnya menjaga batas kesopanan.
Sebahagian besar komen menzahirkan rasa tidak senang, dengan ada yang menyifatkan tindakan Ameera tidak mencerminkan nilai malu serta tidak sesuai dijadikan contoh kepada pengikut muda di media sosial.