Projek Baik Pulih Jalan Pantai Batu Rakit Bernilai Hampir RM5 Juta Harus Diaudit – Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menggesa kerajaan negeri menjalankan audit menyeluruh terhadap projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit bernilai hampir RM5 juta yang runtuh semula meskipun belum siap sepenuhnya.

Pengerusinya, Mohd Hasbie Muda berkata, kejadian itu membuktikan kelemahan perancangan, reka bentuk dan kaedah pembinaan yang tidak mengambil kira faktor hakisan pantai.

“Kejadian ini jelas menunjukkan kegagalan kawalan kualiti serta penyeliaan oleh kerajaan negeri dan kontraktor terlibat,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Beliau menegaskan projek di kawasan pesisir perlu menggunakan pendekatan lebih mampan seperti revetment, konkrit bertetulang dan sistem saliran bersepadu, bukannya sekadar tampalan sementara. Amanah turut mendesak tindakan tegas terhadap pihak yang gagal menepati piawaian.

Dalam insiden malam Rabu, kira-kira 15 hingga 20 meter laluan T145 di Pantai Batu Rakit yang baru dibaik pulih kembali runtuh.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular