PKR Melaka Diminta Perkukuh Perpaduan Hadapi PRN – Shamsul Iskandar

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua ahli parti supaya memperkukuh perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.

Beliau menegaskan, perpecahan dan sikap berpuak-puak hanya akan melemahkan usaha parti untuk meraih sokongan serta menjamin kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

“Selepas pemilihan, kita harus memautkan kembali hati semua pihak. Membangkitkan titik bengik atau isu kecil selepas selesai pemilihan parti hanya akan melemahkan kekuatan parti sedangkan tumpuan sebenar harus diberikan kepada perjuangan bersama,” katanya.

Shamsul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran MPN Melaka yang dihadiri lebih 200 ahli dan kepimpinan PKR di sini, malam tadi.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular