Banyak ‘Payung Besar’ Politik Hanya Pecah Belahkan Melayu – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa kewujudan lebih daripada satu “payung besar” politik hanya akan membawa kepada perpecahan dan kekalahan dalam pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sambutan terhadap cadangan penubuhan satu payung besar Melayu amat menggalakkan, namun timbul kebimbangan apabila ada pihak yang didakwa mempunyai niat tersendiri, termasuk untuk menjadi Perdana Menteri melalui penubuhan payung masing-masing.

“Dengan itu akan terdapat dua, tiga atau lebih payung besar, dan orang Melayu pun akan sokong dan jadi anggota payung-payung ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir menjelaskan, keadaan tersebut tidak ubah seperti penyertaan dalam parti politik sedia ada yang akhirnya menyebabkan orang Melayu berpecah.

Menurutnya, pengundi Melayu mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan, tetapi hanya jika mereka bersatu di bawah satu platform.

“Tetapi bukanlah niat orang Melayu untuk mendiri kerajaan seratus peratus Melayu. Seperti dengan Perikatan dahulu, kerajaan campuran boleh didiri bersama kaum Cina, India dan suku kaum lain,” ujarnya.

Dr Mahathir turut melancarkan jawatankuasa sekretariat bagi mengembalikan kuasa Melayu, yang menurutnya bukan bermotifkan politik tetapi untuk menyelesaikan masalah orang Melayu secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular