”300 Liter Cukup Bang, Bukan 300 Kilometer Sebulan” – Pengguna

Seorang lelaki menerima kecaman hebat selepas cuba mempertikaikan had bulanan 300 liter subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani RON95 yang diumumkan kerajaan.

Dalam hantaran di media sosial, individu berkenaan mempersoalkan sama ada jumlah 300 liter sebulan mencukupi untuk rakyat, khususnya bagi mereka yang berulang-alik jauh ke tempat kerja atau perlu kerap pulang ke kampung.

“Bagaimana jika tinggal di Kuala Lumpur tetapi kampung di Kedah yang perlu balik sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menziarahi ibu bapa yang sakit? Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja dan perlu ‘travel’ merata tempat seperti kerja servis industri?” tulisnya.

Dia turut mendakwa kerajaan tidak melakukan kajian menyeluruh sebelum menetapkan kuota 300 liter itu.

Reaksi Balas Netizen

Hantaran tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-rata menyifatkan alasan yang diberikan tidak munasabah dan menggambarkan salah faham mengenai jumlah subsidi yang ditawarkan.

“300 liter cukup bang, bukan 300 kilometer sebulan,” balas seorang pengguna.

“Kereta apa yang guna 1 liter untuk 1 kilometer? Kalau betul, itu kereta ‘monster truck’ kot,” sindir pengguna lain.

Ada juga yang menegaskan sebelum ini tiada subsidi bersasar, rakyat tetap boleh ke pejabat atau pulang ke kampung. “Sekarang bila subsidi diberi, tiba-tiba rasa tak cukup. Mengada sangat,” tulis seorang netizen.

Kuota 300 Liter

Di bawah pelaksanaan Budi Madani RON95, setiap warganegara Malaysia layak menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan had penggunaan 300 liter sebulan. Bagi bukan warganegara, harga ditetapkan RM2.60 seliter.

Kerajaan menegaskan langkah ini bertujuan memastikan subsidi dinikmati golongan yang benar-benar berhak, di samping menutup ruang ketirisan yang sebelum ini turut dinikmati warga asing serta golongan berpendapatan tinggi.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular