3 budak nakal rentang kerusi tengah jalan

JAKARTA – Tiga kanak-kanak lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas meletakkan kerusi panjang merentangi jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan, lapor laman berita Abatanews. 

Kejadian berlaku pada waktu malam di Pacitan, wilayah Jawa Tengah baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman X menunjukkan seorang kanak-kanak terbabit turun daripada motosikal yang ditunggang oleh dua rakannya. Mereka menunggang sambil membawa beberapa kerusi panjang.

Dia kemudian mengambil sebuah kerusi panjang dan meletakkannya di tengah jalan sebelum beredar dengan pantas. 

Perbuatan tidak moral itu menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabas selepas merempusi kerusi tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 180,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Kecil-kecil sudah ‘cacat’ otak,” kata seorang netizen. 

“Cari kanak-kanak itu! Jangan diberi pengampunan, mereka harus dihukum!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

The post 3 budak nakal rentang kerusi tengah jalan appeared first on Kosmo Digital.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular