Budak Rohingya cari pasal, cabar panggil polis

PETALING JAYA – “Jangan ganggu saya, kalau tidak saya hubungi polis”.

Demikian kata seorang jurugambar ketika diganggu seorang kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik di TikTok, kejadian berlaku ketika lelaki tersebut sedang berjalan sambil mengambil gambar secara rambang di kawasan berkenaan.

Berdasarkan rakaman itu, lelaki tersebut kemudian didekati seorang kanak-kanak yang bertanya sama ada dia mengambil gambarnya.

“Why you take photo? See, see…..(Kenapa awak ambil gambar, nak tengok)” kata kanak-kanak itu.

Meskipun sudah menjelaskan tiada foto yang diambil, kanak-kanak berkenaan terus melakukan provokasi terhadap individu itu sehingga mencabarnya untuk memanggil pihak berkuasa.

“Panggil lah polis, saya nak tengok gambar,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap kanak-kanak tersebut yang dianggap sebagai kurang ajar.

“Rohingya, masalah utama kita sekarang. Kita bantu, selamatkan mereka tapi sekarang mereka musnahkan negara ini dengan bertindak seperti samseng,” komen @amirafiq73.

“Kenapa kita perlu simpan bangsa Rohingya ni dalam negara ini ya?,” ujar @abd.mtlb. – KOSMO! ONLINE

The post Budak Rohingya cari pasal, cabar panggil polis appeared first on Kosmo Digital.

Artikel Berkaitan

Artikel Popular