IRON MAN yang dahulu bukanlah yang sekarang. Robert Downey Jr, yang terkenal dengan peranannya sebagai Iron Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), kini kembali dengan peranan berbeza sebagai Dr. Doom dalam filem Avengers: Doomsday.
Berita ini diumumkan oleh Presiden MCU, Kevin Feige, pada San Diego Comic-Con 2024. Tidak hanya Robert Downey Jr yang kembali, tetapi juga Russo Brothers, Joe dan Anthony Russo, yang akan mengarahkan filem tersebut yang dijadualkan tayangan pada Mei 2026.
Robert Downey Jr dan Russo Brothers pernah bekerjasama dalam filem Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), dan Avengers: Endgame (2019). Sebelum ini, Robert Downey Jr mengumumkan persaraannya selepas 10 tahun bersama MCU, dengan penampilan terakhirnya sebagai Iron Man dalam Avengers: Endgame yang ditayangkan pada tahun 2019.