Baru-baru ini, terdapat mesej yang tersebar di media sosial mengenai peraturan komunikasi baharu yang didakwa akan dikenakan oleh Kerajaan Malaysia. Mesej tersebut menyatakan bahawa semua panggilan dan teks WhatsApp akan dirakam dan dipantau oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi Malaysia telah menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan perkara ini. Oleh itu, mesej yang beredar adalah palsu dan tidak benar.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Sentiasa semak kesahihan maklumat melalui portal rasmi seperti Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia Official.
Penyebaran berita palsu boleh menyebabkan masalah undang-undang, dan individu yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Oleh itu, marilah kita semua menjadi pengguna yang bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat palsu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan dalam masyarakat.